Trollface / Problem? / Coolface  - Rage Face Comics
Trollface / Problem? / Coolface  - Rage Face Comics

Friday, 15 February 2013

Malaysia Bakal Dihentam Asteroid ?

Assalamualaikum, nampak tak tajuk entry aku tu? Okay, kali ni aku nak ckp benda serius. Tadi aku scroll down and up facebook then aku 'ter'nampak satu post kat page ni, dia ada tulis yg asteroid akan jatuh kat bumi. Apa lagi, aku cuak gila kot time tu. Mulalah aku fikir macam-macam bnda yg negatif.


Then, aku terus rajinkan tgn aku nak cari kesahihan benda ni. Aku terus pergi dekat Mr 'Google' then cari info pasal benda ni. Rupa-rupanya aku dpt tau yg asteroid tu just lalu je and jarak asteroid tu dgn bumi merupakan yg paling dekat buat masa ini. Ni petikan ayat yg aku dapat dekat blog tu. ''Sebutir asteroid sebesar kolam renang Olimpik dijangka melintas berhampiran bumi minggu depan, lebih dekat berbanding laluan satelit televisyen. Dikenali sebagai '2012 DA14', kehadirannya disedari sekumpulan pengkaji astronomi di Sepanyol, tahun lalu. Bagaimanapun menurut NASA, tiada impak dengan bumi diramal berlaku. Jaraknya dengan bumi pada 15 Februari nanti akan direkodkan pada 27520 kilometer. Ia bakal menjadikannya asteroid paling dekat dengan bumi sejak para saintis memantau senario berkenaan 15 tahun lalu''. Haa, lebih kurang mcm tu lah ayat dia. Lepas aku baca benda ni baru aku rasa lega sikit.


Walau apa pun, kita still kena berdoa supaya Allah jauhkan bencana dari kita. ''KUN FAYAKUN'' Always remembers that word. Apa-apa pun, aku mintak agar jauhkanlah semua tu. Amin!

No comments:

Post a Comment